Showing posts with label Tradition. Show all posts
Showing posts with label Tradition. Show all posts

Monday, 28 March 2011

Logik dalam Tradisi Ilmu Islam

 LOGIK DALAM TRADISI ILMU ISLAM


Oleh: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran


Mukaddimah

Ketika Imam al-Ghazali menyanggah dua puluh hujah-hujah metafizik al-Farabi dan Ibn Sina, dua sarjana pelopor falsafah Yunani dalam tradisi Islam, beliau mengecualikan ilmu logik dari serangannya. Logik, tegas al-Ghazali, bertujuan untuk memperhaluskan hujahan dan pendalilan, justeru sebahagian besarnya adalah sesuai dan tidak bertentangan dengan agama. 

Syarat-syarat kesahihan silogisme serta premis-premis logik pula, tambah beliau, tidak banyak membantu dalam menjustifikasi persoalan metafizik mereka (ahli falsafah). Dua ratus tahun kemudian muncul pula Ibn Taimiyyah (m.1328M) yang menghentam falsafah Yunani akan tetapi beliau tidak mengecualikan logik. Bagi beliau logik Yunani merupakan agen utama yang membawa kepada doktrin falsafah kekadiman alam, kenabian, penciptaan al-Qur'an dan lain-lain doktrin metafizik ahli-ahli falsafah. Pandangan Al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah ini secara umumnya menggambarkan dua pendekatan di kalangan sarjana Islam dalam menentukan sikap mereka terhadap ilmu logik, satu disiplin yang telahpun dikira sebagai sebahagian dari keluarga ilmu-ilmu tradisi Islam. Bagi melihat lebih lanjut sejarah awal ilmu ini terutama dari aspek penerapannya ke dalam lingkungan ilmu-ilmu Islam, makalah ini berusaha secara ringkas menyorot persoalan tersebut.


Logik Menelusuri Sejarah
Sebagai satu undang-undang berfikir yang cannonical untuk memelihara manusia dari kesalahan dalam berfikir, logik selalu diketengahkan sebagai satu ilmu yang sejagat. Namun sejarah kelahirannya sebagai satu disiplin ilmu, sepertimana yang dikritik, nampaknya tidak begitu menggambarkan keadaan ini. Kelahirannya dikaitkan dengan tradisi falsafah Yunani terutama sekali Aristotle. Dengan kata lain, Aristotle adalah penemu cara manusia berfikir yang betul setelah ribuan tahun kewujudan mereka di dunia ini. Ada yang melaporkan bahawa golongan Sophist Yunani sebelum Aristotle sudah pun menggunakan logik untuk tujuan retorik dan perdebatan. Begitu juga dengan beberapa ahli falsafah Greek termasuk Socrates dan Plato yang telah membincangkan cara-cara berfikir yang betul dalam karya-karya mereka. Namun sejarah pemikiran manusia secara umumnya akur bahawa logik yang bersifat formal dan sistematis tetap bermula dari Aristotle.

Antara yang menyebabkan Aristotle begitu dikaitkan dengan logik ialah kemunculan kumpulan karya besar beliau mengenai logik, Organon, yang mengandungi enam bahagian iaitu Categories, Hermeneutics, Prior Analytics, Posterior Analytics, Topics, dan Sophistics. Keenam-enam tajuk ini kemudiannya ditambah dengan satu pendahuluan oleh seorang lagi ahli falsafah Greek, Porphyry yang bertajuk Introduction (al-Isaghuji) dan dua karya Aristotle yang lain iaitu Rhetoric and Poetics yang menjadikan karya logik yang dikaitkan dengan Aristotle semua berjumlah sembilan buah. Kesembilan-sembilan tajuk ini juga secara langsung mewakili sembilan bidang cabangan logik Yunani.


Penerapan Logik dalam Tradisi Ilmu Islam
Logik mula dibawa masuk dari khazanah ilmu Yunani dengan begitu berjaya oleh pemikir dan sarjana Islam terutama pada awal abad ke 10 dan 11. Walaupun Rescher, seorang penganalisa sejarah perkembangan logik, mendakwa bahawa peringkat awal penterjemahan karya-karya Yunani termasuk dalam bidang logik banyak diwarnai oleh usaha yang dibuat oleh golongan Kristian Syriac terutama golongan Arab Nestorian di Alexandaria, akan tetapi, seperti yang beliau juga ungkapkan, keunggulan tradisi logik di negara Arab, terutama dalam kelompok aliran pemikiran Baghdad, hanya bermula setelah kedatangan ahli falsafah dan pakar logik muslim yang tersohor iaitu al-Farabi (873-950M). Tokoh falsafah yang digelar Guru Kedua (al-Mu’allim al-Thani) selepas Aristotle ini telah menyumbang dengan begitu lumayan dalam mensharahkan karya-karya logik Yunani terutama Aristotle dan beliau telah dianggap sebagai pencetus kepada tradisi kegemilangan logik Arab Islam.

Keunggulan al-Farabi ini diteruskan dengan kedatangan Ibn Sina (980-1037M) yang diungkap oleh Rescher sebagai “the finest and certainly one of the two or three best logicians in medieval Islam”. Selaku satu-satunya tokoh yang mempunyai sistem falsafah yang paling lengkap di kalangan ahli falsafah Islam, Ibn Sina telah mempelopori satu tradisi pemikiran logik yang baru sekaligus merubah sistem pengkajian logik Yunani yang selama ini dikuasai oleh aliran pemikiran Baghdad yang diketuai al-Farabi. 

Aliran pemikiran logik Ibn Sina, yang diistilahkan oleh beliau sendiri sebagai logik timur (al-mantiq al-mashriqiyyin) ini secara asasnya juga merupakan respon terhadap aliran sekolah pemikiran Baghdad yang lebih mengutamakan pendekatan penghuraian tekstual (textual commentary) yang terlalu terikat kepada teks-teks Aristotle. Pendekatan Ibn Sina sebaliknya lebih bebas dan lebih terbuka kepada penyesuaian-penyesuaian terutama kepada kerangka pemikiran Islam. Antara pembaharuan struktural yang diperkenalkan oleh Ibn Sina ialah pembahagian ilmu dalam kaitannya dengan perbahasan logik kepada dua bahagian umum iaitu mengenai tasawwurat dan tasdiqat. Pembahagian ini menjadi asas kepadaperbincangan mengenai definisi (al-hadd) dan silogism (al-qiyas) dua tajuk utama dalam disiplin logik formal. Pendekatan Ibn Sina ini telah menjadikan logik yang diperkenalkan oleh beliau lebih mudah diikuti, ringkas dan padat. 

Ternyata pendekatan Ibn Sina ini lebih popular di kalangan ahli-ahli logik sehinggakan karya-karya logik tulisan pengikut-pengikut beliau menjadi lebih terkenal dalam disiplin ini seperti Sharah Isaghuji karangan Al-Abhari, Risalah Shamsiyyah karangan al-Qazwini al-Katibi. Karya-karya mereka lebih berbentuk manual dan disertai dengan sharah yang lengkap dan pelbagai. Sementara aliran pemikiran Baghdad, walaupun cuba bangun kembali di sebelah barat dunia Islam (Sepanyol) setelah kedatangan beberapa tokoh besar seperti Ibn Bajjah (m.1138), Ibn Rushd (m.l198M), Ibn Maimun (m.1204M) dan Ibn Sab’in (m. 1270M). 

Walaupun mereka berjaya mengangkat semula kegemilangan aliran pemikiran al-Farabi, namun ia masih lagi tidak dapat menyamai kekuatan pengaruh Ibn Sina yang dipelopori oleh pendokongnya seperti Kamal al-Din ibn Yunus (m.1242), Nasir al-Din al-Tusi (m.1274), Al-Abhari (m.1265), al-Qazwini (m. 1292M) dan Qutb al-Din Shirazi (m. 1311M). Kedua-dua aliran ini walaubagaimanapun, masih merupakan dua aliran pemikiran yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan logik Islam sehingga pertengahan abad ke-14 apabila usaha ke arah penggabungan antara kedua-dua aliran ini telah dilakukan yang pelopori antara lain oleh Badr al-Din al-Tustari (m. 1330M) dan Qutb al-Din al Tahtani (m.1365), al-Sa’d al-Din al-Taftazzani (m.1390M) dan ‘Ali Muhammad al-Jurjani (m.1413M).

Bantahan dan Kritikan terhadap LogikSeperti yang telah disentuh sebelum ini, fenomena kelahiran logik yang bersifat Graeco-centric telah menyebabkan antara lain ia diragui oleh beberapa kelompok masyarakat Islam. Di peringkat awam, bantahan terhadap ‘ilmu luar’ ini cukup kuat sehingga ada yang menganggapnya sebagai ilmu hitam dan alat syaitan!  

Fakhr al-Din al-Razi, seorang mutakallim abad ke-13 yang masyhur, pernah diancam bunuh kerana dituduh mengorbankan Islam kepada doktrin Aristotle hanya kerana tulisan beliau mengenai logic. Sementara frasa “man tamantaqa tazandaqa”(sesiapa yang menggunakan logik [Yunani] dia telah sesat) mula tersebar di kalangan masyarakat. Di kalangan kelompok ilmuan pula, beberapa isu telah dibangkitkan. Dalam hubungannya dengan bahasa misalnya, yang juga menggambarkan pertembungan antara pendokong aliran agama dan penganut tradisi Helenistik Yunani, kes yang selalu dirujuk ialah perdebatan hangat tentang kedudukan dan sifat logik diantara seorang ahli falsafah Kristian Syriac, Abu Bishr Matta bin Yunus dengan Abu Sa’id al-Sirafi, seorang ahli bahasa, mutakallim dan ahli fikah. Dalam perdebatan tersebut, idea yang cuba diketengahkan oleh Abu Bishr bahawa logik [Yunani] adalah ‘instrumen pertuturan yang membezakan pertuturan yang betul dan yang salah’ telah menerima sanggahan kuat dari al-Sirafi yang menurut Muhsin Mahdi bukan sekadar mempertahankan ahli-ahli bahasa tetapi juga mempertahankan agama.

Antara idea logik yang mendapat penentangan juga ialah teori definisi dan kaitannya dengan ilmu. Ini ekoran dari dakwaan ahli logik bahawa definisi adalah satu jalan manusia mendapatkan ilmu. Definisi sesuatu benda, menurut mereka, ialah ilmu tentang benda tersebut. Dakwaan ini mendapat kritikan yang kuat dari beberapa tokoh kerana selain dari mengenepikan cara lain untuk mendapatkan ilmu juga menobatkan logik sebagai ilmu paling penting untuk manusia mendapat ilmu-ilmu yang lain. Jalal al-Din al-Suyuti, misalnya, mengkritik prinsip ini dengan menegaskan dengan begitu sinis bahawa ‘semua komuniti ilmuan, ulama, para pakar dan profesional mengetahui apa yang mereka tahu dan membuktikan apa yang mereka katakan dalam disiplin masing-masing tanpa perlu bercakap tentang definisi!’

Kritikan terhadap logik dalam lingkungan ilmu-ilmu Islam ini pada umumnya berkisar kepada fitrah dan peranan logik itu sendiri. Adakah logik sebagai ilmu yang lahir dari kerangka fahaman falsafah Yunani, hanya sekadar ilmu instrumental yang neutral atau ia merantai bersama-samanya dasar-dasar metafizik dan falsafah Yunani justeru bertentangan juga dengan agama? Di manakah sempadan-sempadan dan had-had yang dipunyai oleh logik? Adakah logik yang dibawa oleh Aristotle merupakan sistem berfikir yang sejagat sehingga boleh diaplikasi disemua tempat oleh semua orang, atau ia merupakan ilmu yang bersifat tempatan, ciptaan zaman Yunani serta terpengaruh dengan suasana dan konteks kerangka pemikiran dan asas metafizik masyarakat Yunani pada masa itu? Mengapa menunggu Aristotle untuk mengajar kita bagaimana untuk berfikir dengan betul?

Walaubagaimanapun, kritikan-kritikan yang diberikan ini nampaknya tidak memberikan kesan yang besar terhadap penerimaan sebahagian besar kelompok ilmuan yang lain dalam tradisi Islam. Persoalan asal-usul logik misalnya tidak menjadikan sebab yang cukup kuat untuk mereka menolak ilmu tersebut. Yang menjadi persoalan bukanlah asal-usul ilmu tersebut tetapi kegunaan dan peranan yang dimainkan. Ternyata manfaat yang diberikan oleh logik terutama dalam memperkukuhkan metodologi penghujahan dalam disiplin-disiplin ilmu Islam jauh lebih besar dari bahaya kelahiran Greeknya. Ketakutan terhadap ilmu ini juga reda apabila fitrah logik yang brsifat instrumental dan juga keserasiannya dengan ilmu-ilmu agama telah ditegaskan dengan hujah-hujah yang kuat oleh sarjana-sarjana besar seperti Ibn Sina, al-Ghazali dan Ibn Rushd. Yang menjadi perbahasan yang lebih utama di kalangan ahli-ahli logik Islam nampaknya bukanlah pertentangannya dengan agama atau hubungannya dengan metafizik Yunani, akan tetapi bagaimana cara memperhalusi teknik, prinsip dan aksiom logik untuk lebih memantapkannya dalam penghujahan. Prinsip-prinsip logik ini juga nampaknya mampu memperkukuhkan lagi cara pendalilan ahli-ahli agama terutama dalam bidang yang mempunyai fitrah dialektik dan penghujahan seperti ilmu usul fiqh dan ilmu kalam. Justeru itu logik mula berkembang dan seterusnya berjaya meresap masuk ke dalam lingkungan ilmu-ilmu Islam. Bermula pada awal abad ke-12, logik telah diletakkan selari dengan ilmu-ilmu al-Quran, usuluddin dan fiqh dalam struktur asas pendidikan pedagogi di beberapa wilayah Islam. 

Logik bukan sekadar telah menjadi pra syarat dalam sistem pendidikan agama, malah ia telah mula dibahaskan sebagai sebahagian dari perbahasan dalam beberapa ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu kalam dan usul al-fiqh. 

Satu contoh yang paling jelas ialah penggunaan logik dalam karya-karya besar Imam Fakhr al-Din al-Razi, mutakallim besar abad ke-13 selepas al-Ghazali. Dalam karyanya al-Mahsul fi Usul al-fiqh, salah satu sumber yang berwibawa dalam bidang usul al-fiqh, Al-Razi membahas mengenai prinsip-prinsip logik sebagai pra-syarat penting untuk ilmu usul al-fiqh. Perbincangan beliau mengenai “al-Kalam fi al-Lughah” dalam kitab tersebut, misalnya, sama sepertimana yang terdapat dalam karya beliau yang khusus tentang logik seperti al-Mulakhkhas fi al-Hikmah wa al-Mantiq. Dalam perbahasan beliau dalam bidang ilmu Kalam pula, al-Razi membincang dengan panjang lebar mengenai konsep tasawwurat dan tasdiqat dalam karyanya yang terkenal, al-Muhassal dan juga perbincangan beliau mengenai definisi (al-hadd) dalam karya beliau yang lain al-Mabahith al-Mashriqiyyah. Sementara karya tafsir beliau yang terkenal, Tafsir al-Kabir dalam satu kajian mempunyai 489 prinsip-prinsip usul fiqh yang kebanyakannya terbit dari prinsip-prinsip logik.

Pengenalan logik dalam karya-karya kalam dan usul al-fiqh yang dilakukan al-Razi telah membawa satu pembaharuan dalam bidang-bidang tersebut sekaligus memulakan satu era baru terutama dari sudut penulisan karya ilmu kalam yang berbeza dari pendekatan lama para mutakallimun sebelum beliau. Ibn Khaldun, tokoh sejarawan Islam tersohor, apabila mengamati pendekatan al-Razi ini menegaskan bahawa beliau adalah orang yang pertama di kalangan sarjana mutakhkhirin yang berjaya menyepadukan antara falsafah dan teologi. Tindakan al-Razi ini juga disifatkan oleh Fazlur Rahman sebagai membawa satu bentuk kalam yang lebih sistematik.

Perbincangan mengenai ilmu kalam selepas al-Razi juga telah mula memberi ruang kepada perbincangan logik sama ada dalam bentuk perbahasan logik yang sebenar ataupun bercampur dengan perbahasan tentang epistemologi dan metafizik. Pendekatan ini jelas dalam karya-karya mutakalim pasca-al-Razi seperti Qutb al-Din Shirazi (m.1311 M), Sa'd al-Din al-Taftazzani (m.1390M) Ali Ibn Muhammad al-Jurjani (m.1413M) dan Shams al-Din al-Fanari. Keadaan vang sama juga berlaku dalam disiplin-disiplin lain dalam tradisi ilmu Islam yang juga mula menerima logik sebagai satu metodologi yang sah dalam disiplin ilmu Islam.


Penutup
Dalam kesempatan yang terhad ini hanya setakat pengamatan ringkas yang dapat diberikan mengenai sejarah dan peranan logik dalam tradisi ilmu Islam. Peranan yang dimainkan oleh para pemikir dan sarjana-sarjana Islam awal dalam meneruskan tradisi ilmu logik ini di dalam tradisi ilmu Islam, secara kesimpulannya, dapat dihuraikan dalam dua bentuk; pertama mereka telah berjaya menghurai dan memperkembangkan disiplin ini sehingga ianya dapat difahami dan diikuti dengan jelas dalam lingkungan ilmuan-ilmuan Islam. Kedua mereka telah menganalisa, menyaring dan menyesuaikan perbahasan-perbahasan dalam disiplin ini dengan disiplin-disiplin lain dalam tradisi ilmu Islam. Kritikan terhadap logik oleh sebahagian kelompok ilmuan Islam tidak banyak memberi kesan kepada perkembangan logik dalam tradisi keilmuan Islam. Ilmu ini terus dilihat sebagai ilmu yang penting dalam mendasari perbahasan-perbahasan ilmiah dalam sebahagian besar disipiln-disiplin ilmu Islam.

THE SUPREMACY OF KNOWLEDGE

Friday Khutbah delivered in IIUM Mosque on the 22nd Mei 2009


THE SUPREMACY OF KNOWLEDGE

By: Dr Mohd Farid Mohd Shahran


Having heard the few verses from Surah Al-Alaq which I have read, it is interesting to find out the reason why the very initial verse of the Quran revealed to prophet Muhammad s.a.w is in the form of command to read. Is it that reading will make us knowledgeable and well-informed persons. Or is it that the ability to read will enhance our state of living through the rise of literacy rate in our country which will add to the fulfillment of becoming a so called developed country. 

Ironically, as far as religion is concerned, there were a lot of people, having read a lot of books, end up becoming an atheist and agnostic of God. We read for example the case of Bertrand Russell, in the case of Christian religion, a great modern philosopher and mathematical logician, who later on wrote his famous book, Why I Am not a Christian expounding his atheistic arguments. His debate with Prof. Coplestone, one of the famous writer of history of western philosophy who is also a priest, regarding the existence of God, is also well recorded. The same goes with the German famous 19th century philosopher Frederich Nietzche who has declared that God is dead in one of his book, Thus spoke Zarathustra.

Thus, it is clear in this case that the act of reading alone does not necessarily contribute to the salvation of man as far as religion is concerned. Even the Jews, according to some interpretations, were called Ahl-al-Kitab (the people of Book), not only because they were given Book of revelation by God but also because of their extreme obsession of reading the result of which led to their disobedient of God. The Qur’an regards them like the donkey that is carrying huge books yet did not understand and profit from it. (ka mathali al-himari yahmilu asfara)

Hence, when God enjoins reading through the word Iqra’ in the Quran, it is not merely because of the act of the reading alone, but more importantly, it refers to the true knowledge that we gain out of the act of reading. This is also the very reason why the verse in surah al-‘Alaq continues with the phrase bismirabbika ‘llazi khalaq to read in the name of your God who creates which means to read with the deep consciousness of the existence of God who have created us. Fakhr al-Din al-Razi in his Tafsir, Mafatih al-Ghayb when interpreting this verse, says that to read in the name of God is to make the readings and the action that follows totally for the sake of God.

At any rate, the more important message underlying this verse is the recognition and affirmation of Islam on the supremacy of knowledge. Hardly we could find a religion other than Islam, which have given great emphasis in seeking knowledge. Islam, through the saying of the Prophet has made it obligatory to all muslims. In the Quran, the word ‘ilm either in the form of ma’rifah or nakirah occurs nearly 800 times, the third most quoted terms after the word Allah and Rabb. In many other places in the Quran, the importance of knowledge has been emphasized by God through other relevant words and phrases such as afala ta’qilun (Have you not understand), afala yatadabbarun (Aren’t you reflecting), Afala yubsirun (Do not they see), la’allakum tatafakkarun (In order that you may think).

In contrast when God humiliate and condemn a person, the Quran uses the words which are opposite to knowledge such as jahilun (ignorant), ghafilun-179 (heedless, forgetful), safahan (folly or thoughtlessness) (6:140), zalimun (3:140)- which originally means those who are in the dark, without light (nur) and nur is metaphorically means knowledge. All these negative terms, in one way or another connote the meaning of man with the absence of true knowledge. It is also interesting to find out that in the Quran, the term ‘ilm when it occurs with the definite noun (alif and lam- ma’rifah), it always refer to the knowledge of God or the religious knowledge.

And just ponder how great is the impact of these verses to the heart of the early Muslims. The Quranic motivation of knowledge did not take more than 200 years to generate a tremendous force in the heart of the early generation of Muslim to seek and acquire all kinds of knowledge at that time. They explored every inch of the earth to quench their thirst and passion for knowledge driven by their strong realization the obligation to seek knowledge. Towards the peak of the Islamic civilization, the history records the shifting of the intellectual centre, the qiblah of knowledge from Constantinople in Rome to Baghdad in Iraq. From that point of time, the authority of knowledge was in the hand of Muslims. Islamic civilization has produced greatest minds the history has ever witnessed.

By quoting these historical facts, some of us might view that we are only evoking the rosy pictures of our past civilization, hence become too romantic with the tradition and our glorious history. Mind you that we Muslims can still reach at the same level of civilization of knowledge as in the past if we really understand the strong message of knowledge conveyed by the Qur’an especially through the verse Iqra’ that we have read. To most of us in this university who are dealing with knowledge either in teaching or learning it, if we are intimate with the biographies and great works by our scholars in the past, there is nothing that can stop us from being spirited and motivated through their great ideas. To get a glimpse of the passion of knowledge shown by our great scholars of the past, let me just read an example of the intellectual life of Ibn Sina, a great Muslim philosophers of the early 11th century, as he himself wrote in his auto biography. I quote:

“(When I was a teenager) I dedicated myself to learning and reading…During this time I did not sleep completely through a single night nor devote myself to anything else by day…and because of some problem which baffle me, not being able to solve the problem, I used to visit the mosque frequently and worship, praying humbly to All-Creating until he opened the mystery of it to me and made the difficult seem easy. At night I would return home, set out a lamp before me and devote myself to reading and writing. Whenever I feel sleepy and weak, I would turn aside to drink a cup of juice, so my strength would returned to me. Then I would return to reading. And fall asleep, I would see those very problems in my dream, and many questions become clear to me in my sleep. I continued in this until all the sciences were deeply rooted within me and I understood them as far as is humanly possible. Everything I knew at that time is just what I knew it know, I have not added anything to it to this day. So when I reached the age of 18, I was finished all the sciences available in this day.
Ibn Sina continued to say in other places, 
“In my neighbourhood, there was a man named Abu Hassan, who asked me to compose a comprehensive work on these sciences. I wrote a compilation for him and give his name to it, including all sciences in it, except mathematical science. At that time I was only twenty one years old. Also in my neighbourhood, there was a man named Abu Bakar Al-Baraqi, a lawyer, he was a distinguished in jurisprudence, Quran commentary and ascetism. He then asked me to comment on these sciences, and so I wrote for him the commentary in about 20 volumes which later he only possess with his own and has not loaned it to others or to be copied.

This is a typical example of an intellectual life of our Muslim scholars which has ultimately formed our great civilization of knowledge in the past. We can continue to enumerate endless glorious stories of our scholars in the past but this is not the occasion to do so.

Why this great emphasis on knowledge in Islam? It is because knowledge in Islam is the way to seek the truth which is ultimately lead to knowledge of God. Truth in Islam is something real and attainable in contrast with the claims of many western philosophical movements under the name of relativism and skepticism are trying to expound the skeptical and sophistical idea that the ultimate knowledge cannot be attained. Everything that we know, according to them, is mere perspective and subjective experience. Contradicting them, Islam through the decisive proofs put forward by the Muslim theologians affirmed that in Islam the ultimate truth knowledge could be attained. As a matter of fact, the ultimate truth in Islam is knowledge of God (al-Haqq). The attainment of truth also means the attainment of the highest level of Iman which is also the sign of the true happiness in Islam. Al-Ghazzali, in kitab Ajaib al-Qalb states that:

“Knowledge is man’s goal and a special attribute for which he was created. (al- ‘ilm huwa maqsad al-insan wa khasiyatuhu allati li ajlihi khuliqa). Man is distinguished from animals by his knowledge of things as they are. The creator of things is God. Therefore, whoever does not know God, even though he knows everything, it is as if he knows nothing. Thus the best knowledge is the knowledge God, His qualities and His acts. In this knowledge lies man’s perfections (sa’adah) of his happiness.”
The above saying of al-Ghazali at least remind us that, not all knowledge will lead to the truth and more importantly, not all people can easily arrive at true knowledge. There are also, according to al-Ghazali, many obstacles in attaining the true knowledge. Five obstacles mentioned by al-Ghazzali which prevent someone from attaining true knowledge.

a. The imperfection of man’s nature, such as the imperfection of the child’s intellect.

b. When man submits to the lusts and desire which finally leads him to the evil deeds.

c. When man deviates from the direction of the truth which is to be sought by forgetting his true aim in life and is preoccupied by the immediate worldly aims.

d. When men hold tight to an opinion which he adheres by means of taqlid which later on becomes a barrier between him and the truth

e. When man is ignorance of the direction in which the aim can be attained. It is therefore very important for us as seekers of knowledge in this world to remove all these obstacles from our path in order for us to arrive at the true knowledge that will guide to the right path. May God open our heart and include us in those who will receive true knowledge from Him.


Wassalam